rahsia bulan kelahiran

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

 

Renungan..

 

Antara cinta dan persahabatan

Antara cinta dan persahabatan

Andainya ku diberi peluang untuk memilih di antara kedua-duanya

Akan ku pilih kedua-duanya

Kerana bagiku ia sama beerti dan bernilai dalam hidupku

 

Cinta

Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya

Kerana di sebalik keindahan cinta itu

Tersirat seribu keperitan

Pastinyakan merentap kedamaian jiwa

Seorang pencinta setia

Tatkala ikatan diundang kekecewaan

 

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa

Yang punya hati dan perasaan

Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini

Tak terungkai dengan bicara di bibir

Tak tergambar dengan lakonan

Begitu syahdunya kurniaan Illahi

Lahirnya dari hati seorang insan

Berakal beremosi penyayang dan berperasaan

 

Persahabatan

Suatu ikatan yang lahir dari hati

Keinginan yang ikhlas

Bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban

Sesungguhnya, sahabat adalah tempat berbicara setulusnya

Tentang impian dan pengertian hidup ini

 

Persahabatan yang murni dan suci

Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran

Diwarnai dengan keikhlasan

Dicurahi dengan kasih sejati

Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan

Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

 

Teman yang budiman

Mengertilah maksudku  ini

Sesungguhnya apa tersimpul dihati kecilku

Sejak perkenalan kita

 

Kita bina tugu persahabatan

Yang dipagari besi kedewasaan

Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita

Tak tumbang dek rintangan

Hanya satu pintaku

Agar dikau sentiasa mengingati diriku..

 

Ciri-ciri orang munafik

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas. (Riwayat Muslim)

Tak sempat solat Subuh…

Tak sempat solat Subuh…

“Maaf dipinta.Sekadar suatu coretan untuk dikongsi bersama.Menjadi iktibar pada diri setiap kita.

“Pukul 3.30 pagi”

Di sebuah rumah banglo yang besar.Puan Sri bangun dari tidurnya yang lena.Sambil duduk seketika mengesat matanya dengan lembut.Gelang emas yang berharga beribu-ribu ringgit jelas kelihatan bersinar indah. Bercahaya.Itulah dia perhiasan dunia.

Tidak sampai 5 minit ,Puan Sri bangun dan berjalan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Sekali-sekala kedengaran bunyi “kling-kling” dikakinya.Itulah dia gelang kaki emas pemberian suami tersayang yang terlalu mahal harganya.

Kelihatan Datuk Sri masih tertidur lena diatas katil yang bukan murah nilai harganya.Berjenama pula tu.Maklumlah katil import dari luar negara.Apa yang jelas,semua barang-barang kelengkapan di dalam rumah ini, mahal harganya.Mencecah ratusan ribu ringgit. Maklumlah serba mampu. Itulah perhiasan dunia.

Puan Sri bangun awal pagi ni bukannya apa,biasanya dia agak susah membangunkan dirinya seawal-awalnya. Apa lagi saat-saat begini, paling kurangpun dia akan bangun apabila azan Zohor berkumandang. Mimpi apa agaknya Puan Sri ? Atau sudah timbul kesedaran pada dirinya.Syukurlah jika begitu.

” Ada baiknya aku solat sunat malam,sambil-sambil menunggu waktu bersahur” bisik hati kecilnya.

Datuk Sri kelihatan masih tidur berdengkur.Letih sangat agaknya,atau sudah menjadi kebiasaan bagi semangat dirinya. Maklumlah orang kaya,tiada siapa yang berani menegurnya.

” Pukul 4.45 pagi “

Orang gaji sudah lama menyediakan hidangan bersahur. Anak-anak Datuk dan Puan Sri sudah dikejutkan dari tidur yang lena. Semuanya rasa malas sekali nak bangun. Malah ada juga yang berani memarahi orang gaji sesuka hati. Maklumlah,anak orang kaya.Ikut suka hati merekalah nak bangun.

Puan Sri mengejutkan Datuk Sri.

” Bang,bangunlah.Dah masuk waktu bersahur ni,nanti terlewat pulak”.

” Emm…yalah…nanti abang bangun. Letih sangat ni,rasa mengantuk teramat sangat.Awak pergi dululah”.keluh Datuk Sri sambil melenakan dirinya dalam segala permainan mimpi-mimpi indah.Itulah lakonan dunia.

Semua anak-anak bangun dengan rasa malas.Puan Sri duduk diam sambil sekali-sekala tersenyum melihat telatah dan raut wajah anak-anak kesayangan.Macam-macam ada.

” Pukul 5.15 pagi”

Semua anak-anak sudah beredar dan tidur semula menyambung mimpi-mimpi dunia.Orang gaji pula sedang sibuk mengemas segala pinggang-mangkuk yang mahal harganya diatas meja import.

Puan Sri sekali lagi cuba membangunkan semula Datuk Sri.

” Abang tak nak bersahur ke ? Dah dekat solat subuh ni.Bangunlah bang.”
kata Puan Sri sambil merehatkan dirinya bersebelahan suami tersayang.

” Takpelah.Abang niat saja. Abang mengantuk sangat ni. Letih tadi petang main golf kat padang tu bersama Tan Sri dan Datuk Sri yang lain. Esok pulak ada mesyuarat dengan Menteri.” balas Datuk Sri sambil menarik kain selimut mahalnya menutupi seluruh tubuhnya yang kesejukan itu.

” Pukul 5.45 pagi “

Azan Subuh berkumandang di angkasa raya. Puan Sri bergerak masuk menuju kamar mandi untuk mengambil wuduk. Datuk Sri pula masih terlena panjang hinggakan alunan dengkurannya terus bergema kuat memenuhi ruang bilik yang telah diubah suai dengan harga beribu-ribu ringgit. Maklumlah sudah terlebih mampu. Itulah perhiasan dunia.

” Bang.Jum solat Subuh berjemaah.Agaknya sudah lama kita tak menunaikan ibadah wajib ini.Bangunlah bang.Sedar-sedarkanlah diri tu ? Jangan hanya solat semasa depan ramai orang, lepastu apabila bersendirian,langsung tak solat.” tegur Puan Sri pada suami tersayang.

” Abang letihlah. Nantilah abang ada masa. Awak solatlah dulu.” balas Datuk Sri dengan nada keras sedikit tanpa rasa bersalah.

” Pukul 9.30 pagi “

Puan Sri sudah bangun pagi,memperkemaskan dirinya untuk bersiap-sedia ke Pejabat Barunya.

Datuk Sri masih lagi tidur lena.Kali ini seluruh tubuhnya ditutupi kain selimut.Langsung tiada kedengaran bunyi dengkuran yang kuat lagi. Senyap sepi .Berbeza dari semalam dan malam-malam yang lain.

” Bang.Bangunlah.Dah pagini. Abang tak pergi mesyuarat ke ? soal Puan Sri.

Namun apa yang pasti,Datuk Sri kali ini langsung senyap dan tidak bergerak lagi seperti kebiasaannya.

” Bang.Kenapani bang ?bang….bangunlah…janganlah bersenda-gurau pulak pagi-pagini ? Risau saya dibuatnya.” tegur Puan Sri dengan perasaan takut dan risau sangat.

Namun walaupun dikejutkan beberapa kali dengan cara apapun,Datuk Sri tetap tak bergerak langsung.Matanya terpejam rapat.Tiada lagi dengkuran kedengaran. Sepi lagi menyepikan diri.

Sejam berlalu.Datuk Sri disahkan telah meninggal -dunia. Puan Sri jatuh tersungkur dan pengsan. Anak-anak kesayangan memapahnya dengan tangisan dan jeritan rintihan sedih teramat pilu.

Kini segalanya sudah tiada seri lagi. Tinggal semuanya.Harta melata tiada bermakna lagi.Isteri yang cantik menawan tinggal kesepian lara. Anak-anak hilang semangat kasih. Pangkat yang ada sudah tiada berguna lagi. Hanya amalan yang akan dibawa. Beban amanah ini teramat berat untuk dipikul.

Apa yang pasti.Kita semua akan kembali pada Yang Maha Esa.Pulang dengan membawa suatu beban amanah yang akan dipertanggung-jawabkan nanti. Semuanya masing-masing akan berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung. Kita perlu sedarkan diri sebelum ajal kita pula menghampiri.

Kisah seorang anak

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya senyum…si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan..

satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang…si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima…sungguh…bukan itu yg dihajatkan…dengan hati yang berat…kotak itu bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yang tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya….

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al- Quran kecil; comel dengan cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya di permainkan…amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak…ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah tak mampu utk membelikannya…sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanya keras…al-Quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya….

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat..cukup membahagiakan…namun hatinya tersentuh..

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira-kira sendiri…telefonnya berdering…dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya…al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek-beleknya dengan penuh keharuan…tiba-tiba…jatuh sesuatu dari al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu…Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya…nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya…dibeli pada hari konvokesyennya…

Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku….air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang…namun semuanya sudah terlambat…

p/s: Hargailah pemberian seseorang walaupun ianya amat kecil di mata kita.

Kesatlah Airmatamu Wahai Wanita

Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

“Waalaikumusalam,” jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

“Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `’

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang’ dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. “Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `’ ujarku.

`’ Ha’ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `’Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.” Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya.”

`’Insya Allah abang….Ain sayangkan abang. `’

`’Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.”

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira’.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya.

 

Ahhh….dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.`’ Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`’

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

” Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`’ Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

“Ain…..abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.”

“Apa dia abang?” tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `’ Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri,” bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

“Abang ada masalah ke?” Aku cuba meneka.

“Tidak Ain. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

“Ain……abang…..abang nak minta izin Ain……untuk berkahwin lagi,” ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

“A…..Abang…..nak kahwin lagi?” aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. `’ Dengan siapa abang ? `’ Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi….hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`’ Faizah. Ain kenal dia, kan ? `’

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

” A….Abang……Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.”

“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah….bermakna…..sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.”

“Ain…..sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah….Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.

Lagipun….abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `’

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan…..ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan…berilah aku petunjukMu.’ Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah… Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

“Ain?……Ain serius?”

“Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau…Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia,” ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`’ Izah……akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan, `’ setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`’ Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `’ lembut nada suaranya.

“Abang Harris ada cakap apa-apa pada Faizah?”

“Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?” Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

” Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”

“Sukakan Izah? Isyyy….tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `’

`’ Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. “Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

” Kak Ain!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `’ Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `’ kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

“Tidak Izah. Akak tak bergurau……Izah sudi jadi saudara Kak Ain?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

“Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang……Ustaz Harris…..mahu… melamar saya?”

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

“Kak Ain…..saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka,” ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

“Izah…Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.”

“Kak…maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

“Jadi…Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`’ Kak Ain….ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.”

“Soal Kak Ain….Izah jangan risau, hati Kak Ain…Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `’

“Akak…..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”

“Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah…..inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.’

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

“Ain…..abang minta maaf sayang,” ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

“Kenapa?”

“Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi….Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang….malu dengan Ain.”

“Abang….syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `’

`’ Ain….Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.”

“Tapi…abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”

“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`’ Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?” ujarnya lembut.

“Ain rindu abang. Rindu sangat. `’ Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`’ Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `’ Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

`’Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `’Aku menduga keikhlasan bicaranya.

`’ Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `’

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh…anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi….. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.
Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

 

 

Doa Untuk Kedua Orang Tua

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.

 

 

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.